Saturday, February 5, 2011

DINAR EMAS




Dinar emas
  Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.

  Istilah ini dipilih kerana  berteraskan mata wang islam yang pernah digunakan di negara Madinah Al-Munawwarah pada zaman  Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar.


  Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.

q  Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.

         Dalam Al Quran dan Hadis

            Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
            Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah
            SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan           boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk    digunakan).
             (Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)



Kebaikan
  •   menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  •   Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  •   Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  •   Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  •   Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  •   Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas.  Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
        

 Penggunaan
  •  Kerajaan Melayu Melaka juga dikatakan pernah membayar ufti kepada Siam dan China. Ufti ini dalam bentuk pokok bunga daripada emas.
  •  Pada 2003 Bank negara Malysia telah memperkenalkan wang emas yang dikilang oleh The Royal Mint. 
  •   20 September 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menjual kepingan-kepingan dinar yang dibuat daripada emas tulen 22 karat (4.25 gram).

                                 graf harga dinar meningkat dari tahun 1996-2010 



 ape lagi saudara...jom beli..............:-)

Monday, January 10, 2011

FASA PERTAMA KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM




Salam pertemuan untuk kali yang pertama. mari kita serba sedikit mengenali tokoh-tokoh ekonomi islam sebelum kita meneruskan yang lebih lanjut selepas ini...

Begitupun fasa yang lebih tersusun yang lahir dari tokoh-tokoh selepas Khalifah Ar-Rasyidin melalui penulisan kitab mereka akan penulis sembahkan. Ini kerana di zaman ini bermula satu fokus teori-teori khas tentang pemikiran ekonomi Islam telah dibukukan.

Fasa Pertama (700 Masihi sehingga 1058 Masihi)

ABU YUSOF (798 M)

-Perintis pemikiran ekonomi Islam awal, dengan pengenalan kitab terkenal beliau KITAB AL-KHARAJ.
-Aplikasi teori beliau digunapakai dalam zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid.
-Membincangkan kewangan secara umum, pengurusan cukai, pembahagian tanah, keseimbangan harga dan tanggungjawab kerajaan dalam ekonomi.
-Perbincangan Abu Yusuf berkaitan dengan sumbangan pertanian dan cukai yang dikenakan terhadap hasil dan ekuiti.
-Dalam kitab beliau Abu Yusof ada juga berbicara soal permintaan dan penawaran barangan dalam pasaran, kawalan harga, ihtikar(sorokon barang), monopoli dan lain.

YAHYA ADAM AL-QURASHI (818 M)

-Beliau tokoh pemikir awal yang mengemukakan teori kewangan awam di zaman Abbasi.
-Buku beliau yang terkenal bernama AL-KHARAJ juga yang tamat penulisan dan pembukuannya di zaman Khalifah al-Ma’mun.
-Yahya Adam Al-Quraishi melihat himpunan kompilasi hadith yang pelbagai menjadi asas penyelesaian pertikaian permasalahan berkaitan masalah ekonomi dalam negara terutama berkenaan isu Al-Ghanimah, Al-Fai’ dan Cukai. Ini berbeza dengan Kitab Al-Kharaj (Abu Yusof) yang meletakkan kaedah analisis undang-undang sebagai bermulanya teori penyelesaian sesutu isu dalam negara.

ABU UBAYD AL-QASIM B. SALLAM (838M)

-Terkenal dengan KITAB AL-AMWAL beliau yang menjadi kitab khas teori yang berkaitan kewangan Islam dizaman itu yang mana kedudukannya setaraf denga AL-KHARAJ (Abu Yusof).
-Dibahagian awal Kitab al-Amwal beliau banyak menceritakan pengurusan harta berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
-Secara terperinci kitab ini banyak menceritakan 3 jenis kutipan dan hasil iaitu zakat, al-ghanimah, al-fai’ dan usyur.

ABU QASIM AL-JUNAYD AL-BAGHDADI (910M)

-Merupakan tokoh sufi(sufisme) yang juga merupakan seorang ahli peniaga dan saudagar yang meyakini bahawasanya ilmu tassawuf banyak mendidiki pasaran berlaku secara adil dan saksama serta mengelak kepentingan diri dalam pasaran seterusnya membina falsafah ekonomi Islam yang tersendiri berlainan dari fitrah sistem yang jauh dari nilai Islami.
-Seterusnya menegaskan penerapan nilai sufi banyak meletakkan pasaran dalam keredhaan dan nilai usaha yang bermatlamatkan dunia dan akhirat serta berlandaskan syariah.

AL-MAWARDI (d. 450 AH / 1058 AD)

-Tokoh Islam yang masyhur ini memiliki idealistik tersendiri. Latar belakang beliau yang terlibat dalam politik dan pentadbiran kerajaan telah memungkin hadirnya KITAB AL-AHKAM AL-SULTANIYAH di dunia ini.
-Kitab ini banyak menyentuh perkaitan ekonomi Islam dalam konteks Makro seperti meguruskan pendapatan dan perbelanjaan, menjaga hak awam, dan hak istimewa dalam meluaskan pasaran.
-Beliau menekan kewujudan Institusi Hisbah yang diuruskan muhtasib selaku jurubicara keadilan dalam pasaran.
-KITAB ADAB AL-DIN WA DUNYA, merupakan kitab menyentuh perihal falsafah ekonomi Islam menurut Al-Mawardi contohnya perilaku pasaran, kebajikan dan menjadi muslim yang baik.
-Kitab ini juga membicarakan pertanian, penternakan, perdagangan dan perindustrian sebagai empat sektor utama.
-Beliau juga menyentuh perihal kewangan Islam mengenai prinsip al-Mudharabah dalam kertas kerja beliau yang dinamakan al-Hawi.

Kesimpulan Fasa Pertama
Fasa pertama melihatkan pembukuaan awal secara penulisan dan pembentukan teori yang banyak diaplikasikan dalam kehidupan dan sosiologi kemanusian ketika itu. Tokoh-tokoh agama yang dilihat dari kaca mata golongan barat ini sebenarnya duduk sama tinggi dalam pentadbiran kerajaan demi memastikan muamalat yang bertepatan dengan syariat terbina.
Fasa ini melihatkan kelahiran beberapa pakar fiqh dan sufi yang membentuk hukum ekonomi Islam sama ada dibina dari sudut falsafah ataupun perundangan. Al-Qasim Al-Junayd Al-Baghdadi sendiri memperlihatkan pemikiran sufi beliau tidak pernah menghalang dari keterlibatan dalam muamalat dan meyakini falsafah dari sufisme dalam membentuk pemikiran Islam berbanding tokoh lain yang membinanya dari analisis perundangan mahupun kompilasi hadith.

SALAM PERJUANGAN